Selasa, 9 Jun 2009

krayon sin chan

pelangi
kejar

bila bulan menarik senyum
aku rindu
hanya mata main karektor

hidup tak selalu penuh
kerana gelas itu separuh penuh
penuhi
tuntutan yang tak pernah penuh
hudup yang penuh
dengan ais kacang nya
berwarna bahagia
tapi tak semua perencah enak


menelan cuma yang manis
takut kenyataan
pahit itu ubat
buang semua itu tapi
pengecut

perlu ada perencah
baru rencah
meriah
kaya berkawan dengan indah
meriah

jika perlu lari ke pantai
belok ke disko
pilihan a,b,c
cuma satu
tapi boleh semua

keinginan kau
penuh la
baling kaca biar bising
renyuk kertas biar riuh
tak mahu

jika bahagia perlu elok
polistrine nampak lawa
tapi bunuh
mati
senyap

bulan hanya nampak lawa
hodoh
sebalik pokok yang ranum
toksik
penyembur
lindungan kelambu lubang

indah hanya nampak
sebalik hijap
cakap tanpa modal
itukan senang
aku mau dengar anak kecil bercakap

aku, kau, kamu sama dari putih
krayon kuning mana?
aku mau conteng

25052009:.

Tiada ulasan: