Rabu, 2 Jun 2010

aku yang seperti apa-apa

gumpalan daging itu hanya bidalan
merujuk pada emosi
walhal..semua itu dalam pemikiran

aku yang semakin dimakan
oleh kelakuan sendiri

aku tak mahu ada sakit
bagaimana cerita sekali
aku tetap tak bisa keluarkan
hingga ke kahak yang hijau

terima kasih sang pengambil tahu
saya mahu bergantung
tetapi...argh..
aku malu
seperti bertelanjangkan bulat

nanti bila aku semakin gagah
akan ku layangkan
rasa didalam
aku yang bodoh untuk menafsir
setiap apa dan kenapa dia sebegitu

pernah..aku biarkan dia berlari
mengejar awan cerah
pernah..aku yang menongkah arus untuk
menolak dia ke arah langit
agar dia berlari sekuatnya

pada yang dulu masih berbekas
aku diamkan
kerana kau tahu apa mahumu
dan aku masih mencari separuh darinya atau aku mungkin

1 ulasan:

Neronite berkata...

satu lg entry emo atin....xrock lah hati ade mines wonderland